Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Sunway Education Group

Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Sunway Education Group

Sunway Education Group Logo

Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Sunway Education Group

Sunway Education Group menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa Sunway Education Group boleh meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web atau e-mel.

(1) Maklumat Peribadi

1.1     Jenis maklumat peribadi

Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda yang dikumpul atau dibekalkan kepada Sunway Education Group bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen (2) di bawah.

Maklumat peribadi anda boleh termasuk nama anda, butir-butir perhubungan, kepercayaan agama, maklumat kesihatan, keputusan-keputusan peperiksaan silam, rekod akademik, maklumat dalam format video dan/atau audio (termasuk suara, rakaman video, CCTV dan rakaman keselamatan), imej (termasuk gambar)dan penjejakan lokasi / maklumat GPS.

1.2     Sumber maklumat peribadi

(i) Pelajar atau bakal pelajar: Sunway Education Group mengumpul secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada ibu bapa, penjaga dan / atau agen-agen perekrutan semasa anda, ibu bapa anda, penjaga dan / atau agen-agen perekrutan menghantar borang pertanyaan, permohonan dan / atau pendaftaran yang telah diisi melalui pelbagai wahana, termasuk dalam talian dan salinan liat fizikal di tempat-tempat awam, seminar-seminar yang diadakan di sekolah-sekolah dan / atau semasa anda, ibu bapa / penjaga anda dan / atau agen-agen perekrutan anda melawat kampus-kampus kami. Maklumat peribadi anda mungkin dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

(ii) Ibu bapa / penjaga pelajar atau bakal pelajar kami: Sunway Education Group mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada anak / tanggungan anda, agen-agen perekrutan semasa anda menghantar borang pertanyaan, permohonan dan / atau pendaftaran yang telah diisi melalui pelbagai wahana, termasuk dalam talian dan salinan liat fizikal di tempat-tempat awam, seminar-seminar yang diadakan di sekolah-sekolah dan / atau semasa anda, anak / tanggungan anda dan / atau agen-agen perekrutan anda melawat kampus-kampus kami. Maklumat peribadi anda mungkin dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

(iii) Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan / atau aktiviti-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: Sunway Education Group mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda semasa anda menyatakan minat anda untuk dihubungi bagi acara-acara sebegitu dan aktiviti-aktiviti pemasaran (termasuk pengumpulan kad perniagaan melalui kaedah balang ikan atau semasa acara-acara silam yang kami anjurkan). Maklumat anda juga mungkin boleh dikumpul secara tidak langsung (sebagai contoh, melalui direktori-direktori perdagangan/dalam talian) atau daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

 (iv) Penderma Jeffrey Cheah Foundation: Sunway Education Group mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda semasa anda mengisi borang pendermaan / ikrar melalui dalam talian dan / atau salinan liat. Maklumat anda mungkin juga dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

(v) Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan: Sunway Education Group mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila mengemukakan tender untuk projek-projek atau dalam proses transaksi komersial. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

1.3     Maklumat peribadi wajib

Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya.

Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib, kami mungkin tidak akan dapat memproses permintaan anda dan/atau membekalkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan.

(2) Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) maklumat peribadi anda

(i) Pelajar atau bakal pelajar: Maklumat peribadi anda dikumpul dan selanjutnya diproses oleh  Sunway Education Group sebagaimana diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk pelbagai tujuan akademik, pendidikan dan pentadbiran, termasuk yang di bawah:

  • untuk memproses permohonan anda bagi penerimaan masuk dan seterusnya memastikan keberterusan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan akademik dan pendidikan kepada anda (termasuk perakaman butir-butir pengajian) dan menilai pencapaian-pencapaian akademik anda;
  • untuk membekalkan perkhidmatan sampingan seperti permohonan visa dan liputan insurans sepanjang tempoh pengajian anda dengan kami;
  • untuk membantu anda dalam penempatan, latihan atau sangkutan dengan pihak-pihak ketiga (yang latihan, penempatan atau sangkutan adalah diperlukan untuk penamatan pengajian anda);
  • untuk mentadbir dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan yuran pengajaran dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan;
  • untuk mentadbir penggunaan anda terhadap kemudahan-kemudahan kami dan pengurusan acara-acara kami seperti perpustakaan, kediaman, kemudahan-kemudahan komputer, penamatan pengajian, alumni;
  • untuk mengendalikan kampus-kampus kami dalam suatu cara yang selamat secara fizikal, terjamin dan bersesuaian dengan keperluan-keperluan kesihatan dan keselamatan;
  • untuk menjalankan analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelajar;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Sunway Education Group dalam perjalanan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan / atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway Education Group.

Khususnya, kepercayaan agama diproses bagi tujuan lapaoran kepada Kementerian Pendidikan dan mana-mana pihak berkuasa berkenaan. Maklumat kesihataan diproses untuk membantu anda dalam kajian anda di Sunway Education Group.

(ii) Ibu bapa / penjaga pelajar atau bakal pelajar kami: Maklumat peribadi anda adalah dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sunway Education Group seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk pelbagai tujuan akademik, pendidikan dan pentadbiran yang termasuk di bawah:

  • untuk memproses permohonan pelajar bagi penerimaan masuk;
  • untuk menghubungi anda dalam peristiwa kecemasan atau kemalangan;
  • untuk memaklumi anda tentang perkembangan pelajar, yuran pengajaran kami dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan;
  • untuk membekalkan perkhidmatan sampingan seperti permohonan visa dan liputan insurans kepada pelajar-pelajar;
  • untuk menjalankan analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelajar;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Sunway Education Group dalam perjalanan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi-promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami adalah dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway Education Group.

(iii) Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan aktivit-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: Maklumat peribadi anda adalah dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sunway Education Group seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk tujuan-tujuan komersial yang berikut:

  • untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta daripada kami dan apa-apa tujuan yang berkaitan dengannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi-promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk memperbaik produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh  Sunway Education Group;
  • untuk menjalankan analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelanggan;
  • untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan-perubahan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Sunway Education Group dalam perjalanan perniagaannya; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway Education Group.

(iv) Penderma Jeffrey Cheah Foundation: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sunway Education Group seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk pengurusan rekod dalaman Sunway Education Group.

(v) Penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Sunway Education Group seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk memberi kesan kepada transaksi komersial yang anda minta, termasuk yang berikut:

  • untuk mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi komersial;
  • untuk memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial;
  • untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Sunway Education Group dalam perjalanan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway Education Group.

* Dalam keadaan anda telah menunjukkan persetujuan anda untuk menerima laporan kemas kini tentang pemasaran dan promosi daripada Sunway Education Group, anda boleh pilih keluar daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam bagas e-mel atau SMS yang dihantar oleh Sunway Education Group atau anda boleh menghubungi Sunway Education Group melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

(3) Pendedahan dan pemindahan maklumat peribadi (di dalam atau luar Malaysia)

3.1     Entiti-entiti dalam Sunway Education Group dan Sunway Group of Companies

Maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami adalah diproses oleh entiti-entiti (di dalam atau luar Malaysia) dalam Sunway Education Group and Sunway Group of Companies (termasuk syarikat-syarikat yang berkaitan, subsidiari-subsidiari, syarikat-syarikat pemegang, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan-rakan kongsi khidmat luaran).

Sunway Education Group akan memastikan bahawa:

(i) akses ke maklumat peribadi anda adalah terhad kepada kakitangan-kakitangan yang mana akses diperlukan secara kontrak untuk memproses maklumat peribaddi anda mengikut keperluan-keperluan tugas mereka masing-masing; dan

(ii) hanya maklumat yang diperlukan sahaja akan didedahkan kepada pekerja-pekerja berkenaan.

3.2     Kelas-kelas pihak ketiga

Maklumat peribadi anda boleh didedahkan atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, berikutan hubungan kontrak yang berkaitan (sebagai contoh, kami melantik pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen (2) di atas (atau berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut secara langsung).

Dalam keadaan suatu penjualan perniagaan, pelupusan, perolehan, penggabungan atau penyusunan semula yang berpotensi, dirancang atau sebenar (“Transaksi”), maklumat peribadi anda mungkin diperlukan untuk didedahkan atau dipindah kepada suatu pihak ketiga sebagai akibat Transaksi tersebut. Anda di sini mengakui bahawa pendedahan dan pemindahan sebegitu boleh berlaku dan membenarkan Sunway Education Group untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak yang lain dan penasihat-penasihat / wakil-wakilnya.

(i) Pelajar atau bakal pelajar: Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Kementerian Pendidikan,  jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  • Mana-mana orang yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan;
  • jabatan kerajaan asing, agensi kerajaan  asing atau pihak berkuasa asing  sekiranya anda mendaftarkan diri dalam program bertauliah luar negara;
  • Jabatan Imigresen Malaysia (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatannya) sekiranya anda dikehendaki untuk mendapatkan atau membaharui visa pelajar anda bagi tempoh pengajian anda dengan Sunway Education Group;
  • Kedutaan-kedutaan luar negara (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan-kedutaan luar negara untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan mereka) sekiranya Sunway Education Group membantu anda dalam permohonan visa anda sebagai sebahagian daripada tatacara pemindahan anda ke universiti-universiti luar negara;
  • Penaja-penaja anda termasuk ibu bapa/penjaga anda;
  • Rakan-rakan sejawat luar kami yang membekalkan program-program pendidikan luar, berkembar atau program lain yang seumpamanya;
  • Pihak-pihak ketiga yang membekalkan anda dengan penempatan sangkutan atau latihan sebagai sebahagian daripada keperluan-keperluan kursus anda;
  • Badan-badan profesional atau kawal selia berkanun atau badan akreditasi bergantung kepada keperluan-keperluan program atau kursus anda.
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang; dan
  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, syarikat telekomunikasi, kontraktor, penganjur persidangan / latihan / acara, penasihat-penasihat yang lain, agensi pelancongan, agensi perekrutan dan syarikat insurans).

Berikutan penamatan pengajian anda, kami akan mengekalkan suatu ringkasan maklumat peribadi anda bagi tempoh yang tidak terbatas sebagai rekod kami. Butir-butir perhubungan anda akan dimasukkan ke pangkalan data alumni. Pejabat Alumni atau Fakulti / jabatan anda akan menghubingi anda pada masa hadapan untuk memastikan anda mendapat berita terkini yang mungkin berfaedah bagi anda termasuk peluang untuk menjalin hubungan dengan kawan-kawan sedarjah lama dan membina rangkaian untuk perkembangan diri dan pekerjaan. Sekiranya anda berhasrat untuk memilih keluar daripada penerimaan maklumat terkini, sila pilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel maklumat terkini yang dihantar oleh Pejabat Alumni. Sila ambil perhatian bahawa Pejabat Alumni kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga.

(ii) Ibu bapa/penjaga pelajar atau bakal pelajar kami: Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Kementerian Pendidikan,  jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  • Mana-mana orang yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan;
  • Jabatan kerajaan asing, agensi kerajaan  asing atau pihak berkuasa asingjika pelajar tersebut telah didaftarkan dalam program bertauliah luar negara;
  • Jabatan Imigresen Malaysia (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatannya) sekiranya pelajar itu dikehendaki untuk mendapat atau membaharui visa pelajarnya bagi tempoh pengajiannya dengan Sunway Education Group;
  • Kedutaan-kedutaan luar negara (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan-kedutaan asing untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan mereka) sekiranya Sunway Education Group membantu pelajar tersebut dalam permohonan visanya sebagai sebahagian daripada tatacara pemindahannya ke universiti-universiti luar negara;
  • Rakan-rakan sejawat luar kami yang membekalkan program-program pendidikan luar, berkembar atau program lain yang seumpamanya;
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang; dan
  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, syarikat telekomunikasi, kontraktor, penganjur persidangan / latihan / acara, penasihat-penasihat lain, agensi pelancongan, agensi perekrutan dan syarikat insurans).

(iii) Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan aktiviti-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan,  kontraktor, penganjur persidangan / latihan / acara dan penasihat lain);
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  • Jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; dan
  • Mana-mana orang yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan.

(iv) Penderma Jeffrey Cheah Foundation: Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat-sarikat percetakan dan penasihat-penasihat lain);
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  • Jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; dan
  • Mana-mana orang yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan.

(v) Penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha syarikat, syarikat-sarikat percetakan dan penasihat-penasihat lain);
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  • Jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; dan
  • Mana-mana orang yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan.

(4) Laman web

4.1     Pautan ke laman-laman web yang lain 

Pautan-pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi masing-masing, yang kami cadangkan agar anda semak semula sekiranya anda melawat mana-mana laman web dalam pautan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut.

4.2     Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi

Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang anda minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan anda mempunyai kawalan atas penyertaan anda dan boleh menutup perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.

Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami melayan anda dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin membolehkan kami mengetahui anda tanpa nama tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan  bahasa muat turun.

4.3   Cookies

Suatu cookie mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Suatu cookie ialah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan komputer dan / atau peranti anda oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan / atau peranti anda apabila anda berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenal pasti anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat laman web dan / atau nama domain berkelayakan penuh yang anda berasal untuk mengakses laman web kami, atau secara alternatif, alamat IP anda:

(i) tarikh dan masa anda mengakses setiap laman dalam laman web kami;

(ii) URL bagi sebarang laman web yang anda berasal untuk mengakses laman web kami (perujuk tersebut); dan

(iii) pelayar web yang anda guna dan laman-laman web yang telah anda akses.

Sesetengah laman-laman web mungkin memerlukan anda untuk membekalkan sebilangan maklumat peribadi yang terhad untuk menikmati sesetengah perkhidmatan atas laman web kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan, dsb). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang diingini sahaja, seperti untuk membalas mesej anda atau membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta.

(5)  Hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi anda yang kami pegang (tertakluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan sedaya upaya  untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini dan justeru itu kami meminta agar anda terus memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat anda.

Jika anda ingin mengakses maklumat peribadi anda, sila rujuk borang-borang akses data standard yang terdapat di http://sunway.edu.my/pdpa/pd_req_form(Feb2014).pdf dan hantar borang yang telah diisi atau pertanyaan ke butir-butir perhubungan yang terdapat dalam Seksyen (6) di bawah. Jika anda ingin meminda maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Sunway Education Group melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

(6)  Pengehadan pemprosesan maklumat peribadi, pertanyaan lanjut dan aduan

Sekiranya:

(i)  anda ingin memperoleh maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda;

(ii) anda mempunyai pertanyaan lanjut; atau

(iii) anda ingin membuat suatu aduan berkenaan dengan maklumat peribadi anda,

anda boleh menghubungi:-

Kolej Sunway Kuching

No. 1 Song Plaza (1st Floor)

Lot 12168, Block 16

Jalan Tun Jugah/Jalan Song Intersection

93350 Kuching Sarawak

Tel : 082 451221

Fax : 082 : 461226 / 574 227

Email : info@swck.edu.my

www.swck.edu.my

 (7)        Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.

Updated Feb 2014

Share it:


Roll to top